Inilah…Junny


CERITERA ANAK GADIS ZAMAN IT!
February 11, 2008, 3:13 pm
Filed under: life

Seronok juga membaca Kosmo kadang-kadang. Kandungan agak biasa dan penuh dengan isu-isu ringan yang selalu membuatkan aku terfikir, inikah masyarakat kita yang sebenar? Kali ni, aku nak mengajak kita berkongsi tentang laporan muka depan Kosmo 11/2, “ANGKARA JUDIN – Tiga Perempuan Bergaduh Kerana Rebut Lelaki.”

Hayooo…. terdiam jap tengok tajuk seimbas lalu. Belum baca lagi isi kandungan. Nak tergelak pun ada. Jujur, dua je soalan yang terus menyelinap ke dalam otak aku:

1. Hensem sangat ke lelaki tu sampai nak bergaduh? Maksud aku, berbaloi ke diorang ber’kung fu’ sebab jantan tu?

2. Mane pegi kawan-kawan diorang? Jangankan nak selesaikan pergaduhan, siap rakam lagi adegan-adegan tersebut.

Tapi inilah realiti. Anak gadis Malaysia makin hari makin bersemangat waja. Setanding dengan lelaki katanya. Kalau mengharumkan nama Malaysia dalam sukan taekwando, karate, wushu, boxing ke..tak pe. Ni gaduh jalanan. Sebelum tu, aku kena clear kan awal2. ENTRI NI BUKAN KERANA AKU PREJUDIS PADA WANITA. Kalau nak cakap pasal masalah, orang laki pun buat masalah juga. Kan? Lelaki pun penah gaduh juga. CUMA aku just nak berkongsi tentang isu yang aku, dan juga korang hadapi – dilema sosial yang kian parah! Lagi menyedihkan, ni melibatkan budak-budak sekolah. Susah pula kalau kita sibuk mencari siapa yang salah dalam hal ni. Semua pihak ada peranan masing-masing, ibu bapa, guru, sekolah,rakan sebaya, dan remaja tu sendiri bertanggungjawab.

Dan motif pergaduhan juga menyedihkan – merebut lelaki. Aku tak salahkan sesiapa, sebab setiap orang ada sebab tersendiri untuk buat sesuatu perkara. Tak boleh nak ‘judgemental’ sangat, lagipun aku takde kat tempat kejadian. Tapi bagi aku, remaja sekarang dah semakin advanced. Cinta nombor 1, harapan orang tua nombor dua. Aku bukanlah bagus sangat sampai nak cakap macam tu. Cuma terfikir, apa perasaan orang tua bila tahu anak yang dia didik dari kecil akhirnya menconteng arang ke muka mereka? Sedih kan.

Tapi isu yang agak penting dalam hal ni ialah penggunaan telefon bimbit. Ni la sikap masyarakat, suka sangat rakam benda pelik-pelik. Bergaduh pun nak rakam. Kalau sekarang diorang rakam budak-budak gaduh, suatu hari nanti entah adegan apa pula yang dimuatkan dalam telefon bimbit mereka. Ada pro dan kontra penggunaan telefon bimbit di sekolah. Apa-apa alasan sekalipun, persoalan pokok tetap berkisar tentang sikap remaja. Bagaimana nak manfaatkan penggunaan teknologi?

Sekadar satu pertanyaan buat saya, anda dan kita;

“Adakah kita akan terus membisu kalau suatu hari nanti anak gadis kita, mengambil alih tempat anak jantan hari ini – merempit di jalanan, menjadi kaki pukul, merompak, atau mungkin juga bergelar samseng?”

Bukan satu imaginasi atau bayangan kosong. Ini hakikat. KIta masih punya masa untuk berubah. Bukan nak cari salah siapa. Kerana sudahnya tetap terpalit di muka sendiri. Cuma fikirkan, ini isu kita bersama, ini isu masyarakat, isu negara!

Renungkan.

p/s Sorry kalau terkasar bahasa. Sekadar secebis pandangan buat manfaat bersama.


No Comments Yet so far
Leave a comment



Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>