Filed under: Uncategorized
Lama dah tak blogging. Cerita terakhir yang aku post ialah pasal love. Gitteww!! Haha. Dengan kengkawan yang gigih update blog sejak akhir-akhir ni (sehingga ada yang diiktraf blog paling popular dan ranking ke-79 katanyer…congrats mino) menjadi inspirasi aku untuk terus blogging sampai ke saat ini.
Topik kali ni berkisar tentang salah satu aktiviti yang dilakukan bersama kawan-kawan tercinta (*tetiba ja) iaitu sesi bersuka ria di Lata Kinjang, Perak. Memang ngantuk giler masa nak pegi tu. Ye la kan, sampai 5 pagi aku lepak kat kedai mamak ngan Mino, Eddy, Syafiq, dan Siddiq. Menikmati white coffee katanyer. Pastu, aku bangun awal gak la (around 8am) sebab kitorang plan nak masak dulu sebelum pegi rekreasi. Hah? Nak taw sape paling gigih? Pagi-pagi aku dikejutkan oleh Mar- minta tolong buka tudung botol kicap. Sebab? Mar masak special uols – kuetiaw. Lagi best, siap ada rasa tomato. Dibantu oleh chef terkemuka, Mokge yang terkenal dengan sambal sotong eksklusif, serta diva cucur udang (memang sedap uols), Fifi maka beberapa menu telah disediakan seperti ayam crispy (ayamas), keropok lekor, telur goreng, cucur udang, cucur lemak manis. Rombongan ke Lata Kinjang terdiri daripada Gen2 (Mar, Oli, aku dan Hairul) manakala MyVi pula disertai (Zik, Fifi, Zierwan, Mokge – yang sempat berpindah randah ke kereta lain demi makanan..huhu). Lupa, model yang diimport khas – Corrie Carridee. Walaupun gigeh bangun awal, tetap gak bertolak kul 12. Laparr…..! Akhirnya, kami menggunakan highway untuk mencari destinasi ni.
Lalalalala…Sampai!!!!

(welcum2…wawawa)
Memandangkan ni hujung minggu, so ramai2 la insan2 bercanda dan bermesra di Lata Kinjang. Tidak dinafikan ramai pasangan kekasih berada di sini, serta ahli keluarga yang gigih mengeratkan hubungan sesame diorg. *Tetiba ja. Maka, kitorang pun memilih stage kedua, iaitu aras yang tinggi sikit. privacy katanyer. Ayoo… cantik gak tempat tu. Uols, selepas menjamu selera ngan menu2 yang dinyatakan di atas tadi, dewa dewi kayangan pun turun bermandi manda. Sambil sesi *photogedix berlangsung lancar. Dalam bermandi manda tu, sempat lagi aku tergelincir dan terlanggar batu. Sakit dan rasa nak nangis! Trauma gak la. Dahla before tu Oli nyaris dihanyutkan arus katanyer. *pitammm jap. Memandangkan tempat kitorang makin menjadi tumpuan ramai dek jeritan dan aksi-aksi model yang kecoh, kami pun beralih arah ke bawah. Nak mencuba gelongsor katanyer. AKu yang mula2 tak nak mencuba, ala2 kesejukan (padahal mata meliar scanning..gitteww), aku last2 mencuba gak mencuri tumpuan dengan menggelongsor kat tempat disediakan.
Selesai mandi, kitorang pun bersiap-siap. Motif? Sentap jap…toilet takde. Yang ade pun bilik cam stor yang berbau kencing dan penuh sampah. Motif nak promote tempat ni, tandas nak tukar baju pun takder. Dah tu, tabah je la. Insiden paling mengharukan dan menggamit memori bermain teka lagu di stesen minyak gopeng tahun lepas bermula….
Kunci kereta Mar tertinggal dalam kereta. Dia tukar baju jap, tetiba keta auto lock.
So, kitorg minta tolong Raizil amik kunci spare kat UTP dan antar. Mar, Zik, Fifi gi amik kunci tu sebab taknak Zil pegi jauh sangat. Kesian kat die. Huhu. Maka diva lain pun menunggu di Lata Kinjang dengan kepenatan. Entah brape banyak burger Mokge tibai, sambil Corrie Carridee bersemangat mengambil foto-foto…Akhirnya sampai gak diorang, lebey kurang kol 7 petang. Tetap gak dua orang gadis nak offer kitorang stay jap kat umah diorang sebab hari dh gelap. Baik uols… *pitammmmmmmm.
So, ni lah antara foto-foto tu.

Week 1 ANTM 10

Week 2 ANTM

Tengah bersantai katanyer…

Sesi mengumpat bermula.

(motiff mokge mengepit? Dan corrie tayang bontot??)
Kebanyakan gambar tidak boleh ditayang di public kerana tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Penapisan. Oleh itu, kisah Lata Kinjang berakhir. Kami balik. Aku, mar, dan fifi sempat berlibur di Ipoh. Tengok movie jap (tajuknyer dan in real life) manakala yang lain ku dengar tersesat sampai ke kampung orang asli mane. Tengah malam baru sampai.
Tu je la. Seronok sangat. Penat!!
No Comments Yet so far
Leave a comment
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>