Inilah…Junny


PUAN ZULLINA DAN KENANGAN TERINDAH!
February 20, 2008, 3:47 pm
Filed under: Uncategorized

PUAN ZULLINA

(Harap-harap bace blog ni)…huhu

Hari ni merupakan hari terakhir beliau di bertugas sebagai pensyarah di UTP. Beliau akan berlepas ke Australia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Dan beliau jugalah yang menjadi penasihat debat Bahasa Melayu UTP selama ni. Tadi, sempat gak budak2 debat sume buat lunch bersama Pn Zullina di V6 (atau dikenali sebagai old v5). Majlis iteww turut dihadiri oleh abg fadzli dan dr shahrina. Sedih… rasanya baru setahun saya mengenali Pn Zullina dan banyak kenangan manis yang dilalui bersama beliau.

Jujurnya, Pn Zullina seorang yang sangat kami senangi. Saya masih ingat lagi, ketika Debat Kemerdekaan di Perlis, beliaulah yang penat memandu dari UTP ke UNIMAP demi memastikan team kitorg dapat pegi ke debat tu, Ye la kan, UTP tak sediakan transport masa tu. Lagi terharu, demi keselesaan kitorang, beliau sanggup guna duit sendiri, semata-mata nak pastikan kitorg stay kat hotel. Dan mase debat integriti kat UPM last year, beliau juga la yang gigih membawa kitorang jalan-jalan kat sekitar Putrajaya, mengelilingi tasik waktu tu. dan saya juga tak pernah kecil hati dengan teguran dan kritikan beliau selama ini. Paling best, walaupun korang baru kenal dia, korang akan cepat rapat dengan Pn Zullina sebab beliau sangat mesra. penuh dengan ilmu-ilmu untuk diajar. seronok berbual dengan beliau.

Resam kehidupan, perpisahan dan pertemuan datang dan pergi. Thanks Pn Zullina sebab banyak bantu kitorang terutama teguran puan Zullina yang banyak mematangkan diri saya dalam arena debat. Sorry if ade tersilap kata dan tercarut katanyer. Semoga berjaya di bumi Australia.

 



TAGGED BY MINO KARIN, DUTA LOREAL!
February 18, 2008, 3:56 pm
Filed under: Uncategorized
What do you miss the most?
: my home. nak balik umah…miss my family so much.oso my ‘hmmm’. Motif gelak? Ingat sarawak tu dekat? =)
What do you do if you meet the person you hate?

: act normally la. Takder masa nak layan feeling nih. Motif sangat (versi siddiq)… Lagi aku over depan dia, makin la teruk kan?

One item you really want?

:PINTU SUKA HATI (ala2 citer doraemon tuh). Leh gi mane2 aku suke… =)

What do you do if you’re talking to a stupid person?

:tanya diri aku balik “Am I stupid too?” Ye la, dh die bodo, aku layan plak. Kan?

Last book you read?

: Geology Today. Gigih tengok batu2 katanyer.sebab blurr mase lab.

The person you’re thinking of?

: My family.Mummy, daddy, n my sis.=) tetiba ja homesick

Last gossip you heard?

: Syafiq ada skandel ngan lelaki bernama Man. Tp tak pasti just gossip. Eddy cakap dak EE, ada motosikal dan sama batch. Harus gigih buat road block kat jalan masuk V5 OLD. (ni aku baru dengar dari Mino…ayooo!) Skandal ape – gaduh, krisis, atau sebaliknyer?

Last testimonial from?

: fathiah. reply komen aku berhubung cendawan goreng di taman maju itew…

Last person to call u?

: mummy =)

Last person u talked to, about what?

: abang cafe v3. aku sentap die carut aku. die ingat aku thailand.pastu ajuk cakap aku. aku ape lagi? fire balik r….

Last 5 places you’ve visited today.

: kafe v3 – makan

: pocket d – kelas

: in 2 eat cafe – makan

: JPSP – jumpa abg shoman

: lab – kaji batu iteww!

Last text message you received from..

:’secret lor’ tanye kabar jew…

Last cousins you’ve met?

: x ingat. lama x balik dh…

What did you do this weekend?

: picnic.tido.

Last person who kissed you?

: sape ek? =) *pengsan tetiba

Last person who hugged you?

: My mom juga. tu pun january dulu. masa nak balik utp.

Last person who pinched you?

: ntah.tak ingat.

Last item you bought?

: baju dan seluar.

What is the reason you last cried?

: tergelincir kat batu masa mandi kat lata kinjang.tu pun trauma jup…

What is your mood now?

: naughty? ngeh3x

Who did you meet 3 days ago?

: mar,fifi,oli,hairul,mino,eddy,syafiq,siddiq,lecturer serta seseorang yang TASTE!!! (nak ikut mino nyer answer juga)…motiff? gurau jek…

3 items that are near you?

: nivea lip care, hp, mug

Who is your hero?

: My dad

What are your plans for next weekend?

: menontot pidato antarabangsa di PWTC.

Why are you filling this survey?

: tak nak frustkan mino.dier kan baru menang blog popular katanyer.huhu.ranking 79 uols keseluruhan.ak tetap keluar senarai…*tetiba ja

5 person you are tagging?

: x taw nak tag sesape.sape bace blog aku, aku tag.*pengsan terus. kalau rajin, gi la copy. teruskan kegigihan kalian :p



BERAT BADAN BAIK??? APEKAH?
February 18, 2008, 3:30 pm
Filed under: Uncategorized

Suatu kerisauan yang takde sebabnyer. Dan kalau difikirkan, entri ni hanya sekadar dianggap mengarut sahaja. Tapi realitinya, kita pernah memiliki kerisauan yang sama. Persepri pada fizikal seorang manusia sentiasa berbeza.

Ni lah beberapa komen membina *LARIKKKKKKK dari kawan-kawan yang sangat memahami aku. Haha. Ramai kata aku makin berisi sejak akhir-akhir ni. Padahal, tabiat pemakanan aku sama je. Bahkan aku gigih katanyer bersenam (walaupun agak jarang sejak kebelakangan nie). Juga aku kekadang rasa berat aku pun naik je. Dulu maintain 54 camtuh, sekarang dh nak dekat 60. Motip??

Bersenam dan bersukan adalah perkara paling susah nak buat. Aku ingat lagi masa aku sekolah menengah dulu, gigih mak aku bangun awal pagi. Jogging katanyer. Aku pulak terbangun sekali awal pagi. Haha. Rindu saat macam tu. Pastu, perkara yang susah gak nak buat ialah jaga makanan. Sampai ada yang tak makan gara-gara nak jaga badan. Ni paling merisaukan aku, aku dan korang jangan sekali-kali makan pil langsing atau apa2 ubat nak kuruskan badan. Uols taw citer? Mama Yusni Jaafar (pelakon Malaysia) sekarang terlantar di hospital gara-gara pil menguruskan badan. Sampai melarat sakitnya. Dalam keadaan beliau yang agak berusia, memang pil2 tersebut membahayakan. Tu baru satu kes, banyak lagi kes-kes sedemikian berlaku kat Malaysia. betul gak la, tak kisah kita besar fizikal atau kecil, janji sihat.

AKhir sekali, berat badan ni sangat memberi kesan psikologi kepada kita. terlalu taksub nak cantik. Adakah semua yang kurus tu cantik? Statement uols. Tetapi, aku memang tengah risaukan berat badan aku. bukan apa, sebab pemakanan aku kadang-kadang tak terjaga. Asal nampak makanan, semua nak. Bersenam malas.

So kawan-kawan, berani uols carut aku tembam! Hahahaha…. AKu just berisi sikit jew. *pitammm tetiba. Tak yah risau… (statement menyedapkan hati)

Have an nice day! Gitteww…

 



KISAH DI LATA KINJANG!
February 18, 2008, 3:11 pm
Filed under: Uncategorized

Lama dah tak blogging. Cerita terakhir yang aku post ialah pasal love. Gitteww!! Haha. Dengan kengkawan yang gigih update blog sejak akhir-akhir ni (sehingga ada yang diiktraf blog paling popular dan ranking ke-79 katanyer…congrats mino) menjadi inspirasi aku untuk terus blogging sampai ke saat ini.

Topik kali ni berkisar tentang salah satu aktiviti yang dilakukan bersama kawan-kawan tercinta (*tetiba ja) iaitu sesi bersuka ria di Lata Kinjang, Perak. Memang ngantuk giler masa nak pegi tu. Ye la kan, sampai 5 pagi aku lepak kat kedai mamak ngan Mino, Eddy, Syafiq, dan Siddiq. Menikmati white coffee katanyer. Pastu, aku bangun awal gak la (around 8am) sebab kitorang plan nak masak dulu sebelum pegi rekreasi. Hah? Nak taw sape paling gigih? Pagi-pagi aku dikejutkan oleh Mar- minta tolong buka tudung botol kicap. Sebab? Mar masak special uols – kuetiaw. Lagi best, siap ada rasa tomato. Dibantu oleh chef terkemuka, Mokge yang terkenal dengan sambal sotong eksklusif, serta diva cucur udang (memang sedap uols), Fifi maka beberapa menu telah disediakan seperti ayam crispy (ayamas), keropok lekor, telur goreng, cucur udang, cucur lemak manis. Rombongan ke Lata Kinjang terdiri daripada Gen2 (Mar, Oli, aku dan Hairul) manakala MyVi pula disertai (Zik, Fifi, Zierwan, Mokge – yang sempat berpindah randah ke kereta lain demi makanan..huhu). Lupa, model yang diimport khas – Corrie Carridee. Walaupun gigeh bangun awal, tetap gak bertolak kul 12. Laparr…..! Akhirnya, kami menggunakan highway untuk mencari destinasi ni.

Lalalalala…Sampai!!!!

(welcum2…wawawa)

Memandangkan ni hujung minggu, so ramai2 la insan2 bercanda dan bermesra di Lata Kinjang. Tidak dinafikan ramai pasangan kekasih berada di sini, serta ahli keluarga yang gigih mengeratkan hubungan sesame diorg. *Tetiba ja. Maka, kitorang pun memilih stage kedua, iaitu aras yang tinggi sikit. privacy katanyer. Ayoo… cantik gak tempat tu. Uols, selepas menjamu selera ngan menu2 yang dinyatakan di atas tadi, dewa dewi kayangan pun turun bermandi manda. Sambil sesi *photogedix berlangsung lancar. Dalam bermandi manda tu, sempat lagi aku tergelincir dan terlanggar batu. Sakit dan rasa nak nangis! Trauma gak la. Dahla before tu Oli nyaris dihanyutkan arus katanyer. *pitammm jap. Memandangkan tempat kitorang makin menjadi tumpuan ramai dek jeritan dan aksi-aksi model yang kecoh, kami pun beralih arah ke bawah. Nak mencuba gelongsor katanyer. AKu yang mula2 tak nak mencuba, ala2 kesejukan (padahal mata meliar scanning..gitteww), aku last2 mencuba gak mencuri tumpuan dengan menggelongsor kat tempat disediakan.

Selesai mandi, kitorang pun bersiap-siap. Motif? Sentap jap…toilet takde. Yang ade pun bilik cam stor yang berbau kencing dan penuh sampah. Motif nak promote tempat ni, tandas nak tukar baju pun takder. Dah tu, tabah je la. Insiden paling mengharukan dan menggamit memori bermain teka lagu di stesen minyak gopeng tahun lepas bermula….

Kunci kereta Mar tertinggal dalam kereta. Dia tukar baju jap, tetiba keta auto lock.

So, kitorg minta tolong Raizil amik kunci spare kat UTP dan antar. Mar, Zik, Fifi gi amik kunci tu sebab taknak Zil pegi jauh sangat. Kesian kat die. Huhu. Maka diva lain pun menunggu di Lata Kinjang dengan kepenatan. Entah brape banyak burger Mokge tibai, sambil Corrie Carridee bersemangat mengambil foto-foto…Akhirnya sampai gak diorang, lebey kurang kol 7 petang. Tetap gak dua orang gadis nak offer kitorang stay jap kat umah diorang sebab hari dh gelap. Baik uols… *pitammmmmmmm.

So, ni lah antara foto-foto tu.

Week 1 ANTM 10

Week 2 ANTM

Tengah bersantai katanyer…

Sesi mengumpat bermula.

(motiff mokge mengepit? Dan corrie tayang bontot??)

Kebanyakan gambar tidak boleh ditayang di public kerana tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Penapisan. Oleh itu, kisah Lata Kinjang berakhir. Kami balik. Aku, mar, dan fifi sempat berlibur di Ipoh. Tengok movie jap (tajuknyer dan in real life) manakala yang lain ku dengar tersesat sampai ke kampung orang asli mane. Tengah malam baru sampai.

Tu je la. Seronok sangat. Penat!!



KISAH CINTA DI BULAN FEBRUARI!
February 15, 2008, 5:42 pm
Filed under: Uncategorized

Sedar tak sedar, minggu ni rupa-rupanya Valentine’s Day. Hari Kekasih katanya. Memandangkan aku memang tak ambil peduli pasal hari-hari macam ni, aku tetap gak nak ucapkan selamat berbahagia kat kawan-kawan aku, and sesape je yang sedang berkasih sekarang ni. I dengar, gigih je membeli itu dan ini kepada kekasih masing-masing, tanda cinta katanya. Motif? Pada aku, hari tu biase jew. (ayat orang single katanyer…) Tak kisahla korang kata VD ni x elok ke ape… itu terpulang kepada diri sendiri. Yang penting, korang ingat dan saling menghargai satu sama lain.

K la, spread the love kat sekeliling korang ye! Happy Val’s!

(motif skodeng kite…?)

Bila la nak merase kan? Hahaha. Gurau je. Senyum tu elok tuk kesihatan.

 



I’M NOT A PLASTIC BAG!
February 11, 2008, 2:50 pm
Filed under: Uncategorized

Hah! Mesti korang ‘blur’ jap dengan title kat atas. Sebelum aku continue citer ni, lebih baik korang tengok picture kat bawah ni. Jom…

“bag faveret aku – Junny.”

Pertama sekali, meh kita berkenalan dengan pereka bag ni. Beliau ialah Anya Hindmarch (if korang interested nak kenal, taip nama ni kat Google :p). Pereka fesyen British ni mula bergiat dalam biang reka-mereka ni sejak umur 19 tahun. Antara pencapaian Anya ialah memenangi anugerah Designer of The Year 2006 dan 2007. Berkat keprihatinan Anya, yang bukan sahaja taksub dengan fesyen malah sifat cintakan alam sekitar, maka terhasil bag yang dinamakan “I’m not a plastic bag.”

Aku nak cerita sikit pasal bag ni dan kepentingannya pada aku. Bag ni la yang aku bawa pegi lecture, penuh dengan buku-buku dan kekadang makanan (buat mengalas perut waktu lecture..ngeh3x). Dan sebab beg ni la aku kene carut dengan beberapa orang. Tapi aku x kecik hati pon. Agak-agaknya memang beg ni attractive kot. Haha. Thanx Fifi sebab bagi aku bawa bag ni. =P Ha, lagi satu, beg ni juga la yang memuatkan segala produk-produk kecantikan (for men). Pendek kata, beg serbaguna la! Kali terakhir aku bawa beg ni masa Debat Integriti kat Penang hari tu. Wawawa…. :)

Tapi, mula-mula aku ingat beg ni biase je kot. Sama macam beg lain. Murah dan selesa. Sampai la aku terbaca artikel di Kosmo pagi tadi (muka surat 38 dan 39). Harusla sape yang mencarut aku bawa beg perempuan ni terkedu jap!!! Hah…merah dah muke tu. Korang, beg ni merupakan sebahagian daripada Kempen Mesra Alam Anya, yang juga merupakan kolaborasi bijak dengan global sosial, We Are What We Do.Fakta ni akan membuatkan korang terdiam jap!

  • Di UK, juga US, beg ini dijual di pasar raya Sandsbury dan Whole Foods Markets mencatatkan 100,00 pelanggan talian yang mendaftar untuk membelinya.
  • Di KL, kekecohan berlaku gara-gara keghairahan masyarakat untuk memiliki beg ni. Ye la kan, sebelum dijual di butik Anya di KLCC, akhbar cakap hanya 2,00 edisi terhad dijual di Malaysia. Dari jam 7 pagi, ramai yang menunggu namun hampa hanya 100 unit sahaja boleh dijual untuk orang ramai! (Malaysia always macam ni)
  • Di Hong Kong, hampir terjadi rusuhan sehingga pihak polis menyuraikan mereka yang mengancam memecahkan pintu pusat beli belah!
  • Sapa selebriti yang turut menggunakan beg ni? Keira Knightley, Natalie Imbruglia, Kate Winslet dan Ratu Jazz Malaysia, Sheila Majid! Vogue sangat….

(Fakta dipetik dari Kosmo, 11/2/2008)

Satu kelebihan beg ni, sedap mata memandang! Simple. So korang jangan gelak kalau makin ramai lelaki yang akan bawa beg ni ke mana2! Sebagai tanda sokongan kepada alam sekitar, kan? Lagipun beg ni murah je, dalam lingkungan RM20-RM30. Jadilah masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar. Dengan beg ni, kita dapat mengurangkan penggunaan beg plastik yang sangat mencemar alam. Juga salah satu penyebab pemanasan global hari ini.

Aku dulu suka-suka je bawa beg ni. Sekarang aku rasa bangga plak. Huhu.

“Make it fashionable not to use plastic bags.” – Anya Hindmarch

Fikir-fikirkan.



CERITA ‘10′
February 7, 2008, 5:38 pm
Filed under: Uncategorized

Korang, ape motif aku letak no 10 kat atas? Saje je. Kali ni aku nak citer pasal 10 perkara yang menjadi habit aku dalam hidup. Jangan risau… aku takkan citer pasal benda basic dalam hidup – nama penuh, asal, tarikh lahir (motif nak bagitaw, bukan nak bagi hadiah pun ;P). 10 perkara ni merupakan sifat-sifat sebenar aku yang mungkin korang tak leh nampak gan mata kasar mahupun halus… wekk! So, maybe ada di antara korang yang sedar tentang 10 habit aku ni… hahaha.

10 Fakta Tentang Junny:

  1. Mula dengan waktu tidur. Bab tidur ni, katil aku mesti ada lebih dari 3 bantal. Kalau tak, susah nak tidur. Pastu, aku akan pakai baju kaler cerah seperti putih, atau krim masa tidur. Nak mengelak kepanasan katanya… hahaha. Teori yang aku buat sendiri… :)
  2. Masa sekolah rendah dulu, aku memang bergiat aktif dalam olahraga. Atlit okay..:p. Dan kat paha aku ngan lutut, ada parut yang sampai sekarang tak pandai nak hilang. Parut tu aku dapat masa jatuh dari pagar. Aku dulu amik acara hurdles atau lari berpagar.I champion zone acara ni ok.Jangan tak caye plak…
  3. Cita-cita aku dari kecik ialah nak jadi doktor.Sebab tu masa kecik dulu, sume anak patung yang orang bagi aku ‘bedah’ sampai koyak.Pernah sekali, my birthday gift berupa teddy bear terburai perut aku bedah guna gunting.
  4. Saat paling susah nak decide dalam hidup aku ialah masa aku dapat offer serentak. Petronas dengan engineering dan Mara dengan doctor nyer kat India.Finally, aku korbankan cita-cita aku dari kecik and amik engineering.Sebab takut homesick jauh sangat.
  5. Benda paling best ialah berdebat. Sebab? Aku suka masa pengumuman result whether usul diterima or ditolak- dramatic ending OK!
  6. Faveret? Kalau aku disuruh memilih antara McD, KFC, Pizza Hut, dan yang sewaktu dengannya, of course aku pilih McD!!! Nugget dan Chicken Foldover yang sangat yummy!
  7. Sangat suka berfantasi! I’m thinking too much agaknya! Berkhayal. OMG! Sebab aku suka sangat layan feeling yang entah ape2.
  8. Musics? Terbaru, aku suka dengar lagu Baby Love (Nicole Scherzinger). Aku layan je semua music genre but R&B paling best kot.
  9. Sangat susah nak memulakan relationship. Aku jenis yang susah nak tegur orang (bukan sombong)… cuma mudah sangat segan kat orang terutama yang baru dikenali. In love, Prinsip aku… once aku dah suka orang tu, aku akan suka betul2! I mean, aku jenis yang sangat serius bab rship! =)
  10. Anak manja kot! wekk =). Sebab family aku kecik je, and aku sorang je laki + aku sulung, and (aku baik…hahaha), aku rapat dengan family terutama mummy.Haha… until the age of 20, aku still kol my mum almost every nite, dan aku still bagitaw diorg ape je yg aku buat. Haha….

Tu je la entri yang mengarut ni. So, niat aku just nak share piece of my life ngan korang.

Adios!