Filed under: Debat
Debat Perdana Integriti 2008.

Kali ini, Universiti Sains Malaysia (USM) menjadi tuan rumah untuk pertandingan Debat Perdana Integriti 2008. Bermula pada 1-5 Februari 2008, 42 pasukan (banyak sangat okey) dari 23 IPTA/S berkampung di USM. Team aku (UTP 2) terdiri daripada aku, Syafiq, Mino, dan Farid manakala team satu lagi ialah Hairul, Hazwan, Siddiq, dan Eddy. Iswadi ikut sekali sebagai researcher. Debat pertama untuk tahun 2008 ni memang best dan banyak perkara yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama. (motif sangat..)
Rombongan UTP seperti biasa bertolak tanpa bas UTP. Pegi sendiri. Gigih katanya. Mino, Abg Fadzli ngan Puan Zullina drive. Best sebab dapat junior baru yang kecoh dan tabah mendengar aku mencarut diorang. Terkejut ok…dahla sampai kat USM dapat taw ada 42 pasukan. So kena menang 5 baru dapat pegi suku. Menang 4 ikut nasib la. Hari pertama, agak ok la. Team aku menang 2 daripada 3 perlawanan. Kalahkan UTM ngan MMU. UM kalahkan kitorg pada 3rd match. Second day memang lahar la. Kalah ngan UMS dan UTM. Takpe la. Memang la down and putus asa sikit, tapi aku muda lagi. Banyak perkara yang aku boleh belajar. Ni pun baru first year.
Selain berdebat, seronoknya ialah bila jumpa kawan. Myer, Rasyid, Scha, memang kecoh la. Tabah je la insan-insan kat sekeliling kitorang. Hahaha. Karaoke yang memang meletop la. Azharina mesti nanges tengok Scha bawa Elergi Sepi (sorry…tercarut).
“Scha, suara ko memang best” – Azharina

“Mino, nanti ada show aku panggil ko. Nanges mak tgk ko bawa lagu Kata tu.” – Hazami

“Acid, ko rock r beb! Teringat kat mama blond.Sape nak jawab?” -Radja
Juga standing ovation untuk Myer yg meletop dgn lagu Aerosmith tu. Haha. Sempat gak kuar tengok wayang ngan Eddy, Syafiq, ngan Siddiq. Terus terlihat “sepasang kekasih” yang meragukan kat sebelah kitorang. Tak elok cite. =P Tapi kan, agak sedih juga la bila tak masuk suku. Debat Integriti memang badi bagi UTP. Bangga tengok UNITEN gi final. Sekurang-kurangnya diorang buktikan yang sesiapa sahaj boleh berjaya kalau serius nak menang. Rite?
Lepas ni debat akan berehat panjang. Untuk junior-junior debat UTP, teruskan berusaha. Belajar daripada kesilapan. Sorry to Mino, Syafiq, and Farid kalau aku ada tersilap kata dan melaser korang masa debat hari tu. Korang memang member yang best! Also to Myer Scha Acid, sorry sangat kalau aku ada terlepas cakap or mencarut lebih-lebih. Moga-moga, debat seterusnya akan membawa aku ke pentas yang diidam-idamkan.
Sekian Kisah Dari Pulau Mutiara.