Inilah…Junny


PUAN ZULLINA DAN KENANGAN TERINDAH!
February 20, 2008, 3:47 pm
Filed under: Uncategorized

PUAN ZULLINA

(Harap-harap bace blog ni)…huhu

Hari ni merupakan hari terakhir beliau di bertugas sebagai pensyarah di UTP. Beliau akan berlepas ke Australia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD. Dan beliau jugalah yang menjadi penasihat debat Bahasa Melayu UTP selama ni. Tadi, sempat gak budak2 debat sume buat lunch bersama Pn Zullina di V6 (atau dikenali sebagai old v5). Majlis iteww turut dihadiri oleh abg fadzli dan dr shahrina. Sedih… rasanya baru setahun saya mengenali Pn Zullina dan banyak kenangan manis yang dilalui bersama beliau.

Jujurnya, Pn Zullina seorang yang sangat kami senangi. Saya masih ingat lagi, ketika Debat Kemerdekaan di Perlis, beliaulah yang penat memandu dari UTP ke UNIMAP demi memastikan team kitorg dapat pegi ke debat tu, Ye la kan, UTP tak sediakan transport masa tu. Lagi terharu, demi keselesaan kitorang, beliau sanggup guna duit sendiri, semata-mata nak pastikan kitorg stay kat hotel. Dan mase debat integriti kat UPM last year, beliau juga la yang gigih membawa kitorang jalan-jalan kat sekitar Putrajaya, mengelilingi tasik waktu tu. dan saya juga tak pernah kecil hati dengan teguran dan kritikan beliau selama ini. Paling best, walaupun korang baru kenal dia, korang akan cepat rapat dengan Pn Zullina sebab beliau sangat mesra. penuh dengan ilmu-ilmu untuk diajar. seronok berbual dengan beliau.

Resam kehidupan, perpisahan dan pertemuan datang dan pergi. Thanks Pn Zullina sebab banyak bantu kitorang terutama teguran puan Zullina yang banyak mematangkan diri saya dalam arena debat. Sorry if ade tersilap kata dan tercarut katanyer. Semoga berjaya di bumi Australia.

 



TAGGED BY MINO KARIN, DUTA LOREAL!
February 18, 2008, 3:56 pm
Filed under: Uncategorized
What do you miss the most?
: my home. nak balik umah…miss my family so much.oso my ‘hmmm’. Motif gelak? Ingat sarawak tu dekat? =)
What do you do if you meet the person you hate?

: act normally la. Takder masa nak layan feeling nih. Motif sangat (versi siddiq)… Lagi aku over depan dia, makin la teruk kan?

One item you really want?

:PINTU SUKA HATI (ala2 citer doraemon tuh). Leh gi mane2 aku suke… =)

What do you do if you’re talking to a stupid person?

:tanya diri aku balik “Am I stupid too?” Ye la, dh die bodo, aku layan plak. Kan?

Last book you read?

: Geology Today. Gigih tengok batu2 katanyer.sebab blurr mase lab.

The person you’re thinking of?

: My family.Mummy, daddy, n my sis.=) tetiba ja homesick

Last gossip you heard?

: Syafiq ada skandel ngan lelaki bernama Man. Tp tak pasti just gossip. Eddy cakap dak EE, ada motosikal dan sama batch. Harus gigih buat road block kat jalan masuk V5 OLD. (ni aku baru dengar dari Mino…ayooo!) Skandal ape – gaduh, krisis, atau sebaliknyer?

Last testimonial from?

: fathiah. reply komen aku berhubung cendawan goreng di taman maju itew…

Last person to call u?

: mummy =)

Last person u talked to, about what?

: abang cafe v3. aku sentap die carut aku. die ingat aku thailand.pastu ajuk cakap aku. aku ape lagi? fire balik r….

Last 5 places you’ve visited today.

: kafe v3 – makan

: pocket d – kelas

: in 2 eat cafe – makan

: JPSP – jumpa abg shoman

: lab – kaji batu iteww!

Last text message you received from..

:’secret lor’ tanye kabar jew…

Last cousins you’ve met?

: x ingat. lama x balik dh…

What did you do this weekend?

: picnic.tido.

Last person who kissed you?

: sape ek? =) *pengsan tetiba

Last person who hugged you?

: My mom juga. tu pun january dulu. masa nak balik utp.

Last person who pinched you?

: ntah.tak ingat.

Last item you bought?

: baju dan seluar.

What is the reason you last cried?

: tergelincir kat batu masa mandi kat lata kinjang.tu pun trauma jup…

What is your mood now?

: naughty? ngeh3x

Who did you meet 3 days ago?

: mar,fifi,oli,hairul,mino,eddy,syafiq,siddiq,lecturer serta seseorang yang TASTE!!! (nak ikut mino nyer answer juga)…motiff? gurau jek…

3 items that are near you?

: nivea lip care, hp, mug

Who is your hero?

: My dad

What are your plans for next weekend?

: menontot pidato antarabangsa di PWTC.

Why are you filling this survey?

: tak nak frustkan mino.dier kan baru menang blog popular katanyer.huhu.ranking 79 uols keseluruhan.ak tetap keluar senarai…*tetiba ja

5 person you are tagging?

: x taw nak tag sesape.sape bace blog aku, aku tag.*pengsan terus. kalau rajin, gi la copy. teruskan kegigihan kalian :p



BERAT BADAN BAIK??? APEKAH?
February 18, 2008, 3:30 pm
Filed under: Uncategorized

Suatu kerisauan yang takde sebabnyer. Dan kalau difikirkan, entri ni hanya sekadar dianggap mengarut sahaja. Tapi realitinya, kita pernah memiliki kerisauan yang sama. Persepri pada fizikal seorang manusia sentiasa berbeza.

Ni lah beberapa komen membina *LARIKKKKKKK dari kawan-kawan yang sangat memahami aku. Haha. Ramai kata aku makin berisi sejak akhir-akhir ni. Padahal, tabiat pemakanan aku sama je. Bahkan aku gigih katanyer bersenam (walaupun agak jarang sejak kebelakangan nie). Juga aku kekadang rasa berat aku pun naik je. Dulu maintain 54 camtuh, sekarang dh nak dekat 60. Motip??

Bersenam dan bersukan adalah perkara paling susah nak buat. Aku ingat lagi masa aku sekolah menengah dulu, gigih mak aku bangun awal pagi. Jogging katanyer. Aku pulak terbangun sekali awal pagi. Haha. Rindu saat macam tu. Pastu, perkara yang susah gak nak buat ialah jaga makanan. Sampai ada yang tak makan gara-gara nak jaga badan. Ni paling merisaukan aku, aku dan korang jangan sekali-kali makan pil langsing atau apa2 ubat nak kuruskan badan. Uols taw citer? Mama Yusni Jaafar (pelakon Malaysia) sekarang terlantar di hospital gara-gara pil menguruskan badan. Sampai melarat sakitnya. Dalam keadaan beliau yang agak berusia, memang pil2 tersebut membahayakan. Tu baru satu kes, banyak lagi kes-kes sedemikian berlaku kat Malaysia. betul gak la, tak kisah kita besar fizikal atau kecil, janji sihat.

AKhir sekali, berat badan ni sangat memberi kesan psikologi kepada kita. terlalu taksub nak cantik. Adakah semua yang kurus tu cantik? Statement uols. Tetapi, aku memang tengah risaukan berat badan aku. bukan apa, sebab pemakanan aku kadang-kadang tak terjaga. Asal nampak makanan, semua nak. Bersenam malas.

So kawan-kawan, berani uols carut aku tembam! Hahahaha…. AKu just berisi sikit jew. *pitammm tetiba. Tak yah risau… (statement menyedapkan hati)

Have an nice day! Gitteww…

 



KISAH DI LATA KINJANG!
February 18, 2008, 3:11 pm
Filed under: Uncategorized

Lama dah tak blogging. Cerita terakhir yang aku post ialah pasal love. Gitteww!! Haha. Dengan kengkawan yang gigih update blog sejak akhir-akhir ni (sehingga ada yang diiktraf blog paling popular dan ranking ke-79 katanyer…congrats mino) menjadi inspirasi aku untuk terus blogging sampai ke saat ini.

Topik kali ni berkisar tentang salah satu aktiviti yang dilakukan bersama kawan-kawan tercinta (*tetiba ja) iaitu sesi bersuka ria di Lata Kinjang, Perak. Memang ngantuk giler masa nak pegi tu. Ye la kan, sampai 5 pagi aku lepak kat kedai mamak ngan Mino, Eddy, Syafiq, dan Siddiq. Menikmati white coffee katanyer. Pastu, aku bangun awal gak la (around 8am) sebab kitorang plan nak masak dulu sebelum pegi rekreasi. Hah? Nak taw sape paling gigih? Pagi-pagi aku dikejutkan oleh Mar- minta tolong buka tudung botol kicap. Sebab? Mar masak special uols – kuetiaw. Lagi best, siap ada rasa tomato. Dibantu oleh chef terkemuka, Mokge yang terkenal dengan sambal sotong eksklusif, serta diva cucur udang (memang sedap uols), Fifi maka beberapa menu telah disediakan seperti ayam crispy (ayamas), keropok lekor, telur goreng, cucur udang, cucur lemak manis. Rombongan ke Lata Kinjang terdiri daripada Gen2 (Mar, Oli, aku dan Hairul) manakala MyVi pula disertai (Zik, Fifi, Zierwan, Mokge – yang sempat berpindah randah ke kereta lain demi makanan..huhu). Lupa, model yang diimport khas – Corrie Carridee. Walaupun gigeh bangun awal, tetap gak bertolak kul 12. Laparr…..! Akhirnya, kami menggunakan highway untuk mencari destinasi ni.

Lalalalala…Sampai!!!!

(welcum2…wawawa)

Memandangkan ni hujung minggu, so ramai2 la insan2 bercanda dan bermesra di Lata Kinjang. Tidak dinafikan ramai pasangan kekasih berada di sini, serta ahli keluarga yang gigih mengeratkan hubungan sesame diorg. *Tetiba ja. Maka, kitorang pun memilih stage kedua, iaitu aras yang tinggi sikit. privacy katanyer. Ayoo… cantik gak tempat tu. Uols, selepas menjamu selera ngan menu2 yang dinyatakan di atas tadi, dewa dewi kayangan pun turun bermandi manda. Sambil sesi *photogedix berlangsung lancar. Dalam bermandi manda tu, sempat lagi aku tergelincir dan terlanggar batu. Sakit dan rasa nak nangis! Trauma gak la. Dahla before tu Oli nyaris dihanyutkan arus katanyer. *pitammm jap. Memandangkan tempat kitorang makin menjadi tumpuan ramai dek jeritan dan aksi-aksi model yang kecoh, kami pun beralih arah ke bawah. Nak mencuba gelongsor katanyer. AKu yang mula2 tak nak mencuba, ala2 kesejukan (padahal mata meliar scanning..gitteww), aku last2 mencuba gak mencuri tumpuan dengan menggelongsor kat tempat disediakan.

Selesai mandi, kitorang pun bersiap-siap. Motif? Sentap jap…toilet takde. Yang ade pun bilik cam stor yang berbau kencing dan penuh sampah. Motif nak promote tempat ni, tandas nak tukar baju pun takder. Dah tu, tabah je la. Insiden paling mengharukan dan menggamit memori bermain teka lagu di stesen minyak gopeng tahun lepas bermula….

Kunci kereta Mar tertinggal dalam kereta. Dia tukar baju jap, tetiba keta auto lock.

So, kitorg minta tolong Raizil amik kunci spare kat UTP dan antar. Mar, Zik, Fifi gi amik kunci tu sebab taknak Zil pegi jauh sangat. Kesian kat die. Huhu. Maka diva lain pun menunggu di Lata Kinjang dengan kepenatan. Entah brape banyak burger Mokge tibai, sambil Corrie Carridee bersemangat mengambil foto-foto…Akhirnya sampai gak diorang, lebey kurang kol 7 petang. Tetap gak dua orang gadis nak offer kitorang stay jap kat umah diorang sebab hari dh gelap. Baik uols… *pitammmmmmmm.

So, ni lah antara foto-foto tu.

Week 1 ANTM 10

Week 2 ANTM

Tengah bersantai katanyer…

Sesi mengumpat bermula.

(motiff mokge mengepit? Dan corrie tayang bontot??)

Kebanyakan gambar tidak boleh ditayang di public kerana tidak menepati piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Penapisan. Oleh itu, kisah Lata Kinjang berakhir. Kami balik. Aku, mar, dan fifi sempat berlibur di Ipoh. Tengok movie jap (tajuknyer dan in real life) manakala yang lain ku dengar tersesat sampai ke kampung orang asli mane. Tengah malam baru sampai.

Tu je la. Seronok sangat. Penat!!



KISAH CINTA DI BULAN FEBRUARI!
February 15, 2008, 5:42 pm
Filed under: Uncategorized

Sedar tak sedar, minggu ni rupa-rupanya Valentine’s Day. Hari Kekasih katanya. Memandangkan aku memang tak ambil peduli pasal hari-hari macam ni, aku tetap gak nak ucapkan selamat berbahagia kat kawan-kawan aku, and sesape je yang sedang berkasih sekarang ni. I dengar, gigih je membeli itu dan ini kepada kekasih masing-masing, tanda cinta katanya. Motif? Pada aku, hari tu biase jew. (ayat orang single katanyer…) Tak kisahla korang kata VD ni x elok ke ape… itu terpulang kepada diri sendiri. Yang penting, korang ingat dan saling menghargai satu sama lain.

K la, spread the love kat sekeliling korang ye! Happy Val’s!

(motif skodeng kite…?)

Bila la nak merase kan? Hahaha. Gurau je. Senyum tu elok tuk kesihatan.

 



RINTIHAN TAK BERLAGU!
February 15, 2008, 5:33 pm
Filed under: life

Akhirnya aku dapat gak peluang untuk blogging hari ini. Serius, minggu ni memang agak memenatkan bagi aku memandangkan lab session dah pun start officially. Dan lebih parah lagi, ada beberapa pertukaran jadual yang sangat memeningkan kepala serta kegigihan berlari ke sana ke mari mencari bilik tutorial. Secara ringkasnya, aku highlight kan beberapa perkara penting yang memang menyentapkan aku sepanjang minggu ni:

  • Bangun awal pagi semata-mata nak pegi lab memang perkara ajaib bagi aku! Susah nak bangun pagi, pastu gigih mengangkut lab coat bagai, print segala manual. Pastu jalan untuk 10 minit. Berpeluh plak tu. Jalan cepat (harusla aku apply segala ilmu berlenggang ke kelas yang dipelajari selama ni) ke lab. Sampai je kat lab, tetiba ja akak tu cakap “Adik, lab hari ni akan ditukar ke jam 5 – 7 petang berkuatkuasa hari ni!” Motif lambat inform? Merasa aku celeb Valentine’s ngan akak2 lab.
  • Gigih menapak kat Pocket C and D sepanjang hari. Kelas aku last sem takla padat and ada masa lagi untuk bersuka ria. Dari 8 pagi ke 5 petang, jangan cari aku kat bilik. Tu jew…Letih uols.
  • Tetibe je aku mendapat berita aku tak dapat balik ke rumah cuti mid sem. Ada Petroleum Geoscience fieldtrip (menurut E-learning). Ayooo…. merasa aku kene tunggu bulan Jun baru balik Sarawak. 😦

Memang meletihkan dan patah semangat rajin sem ni. Tabah je la…



CERITERA ANAK GADIS ZAMAN IT!
February 11, 2008, 3:13 pm
Filed under: life

Seronok juga membaca Kosmo kadang-kadang. Kandungan agak biasa dan penuh dengan isu-isu ringan yang selalu membuatkan aku terfikir, inikah masyarakat kita yang sebenar? Kali ni, aku nak mengajak kita berkongsi tentang laporan muka depan Kosmo 11/2, “ANGKARA JUDIN – Tiga Perempuan Bergaduh Kerana Rebut Lelaki.”

Hayooo…. terdiam jap tengok tajuk seimbas lalu. Belum baca lagi isi kandungan. Nak tergelak pun ada. Jujur, dua je soalan yang terus menyelinap ke dalam otak aku:

1. Hensem sangat ke lelaki tu sampai nak bergaduh? Maksud aku, berbaloi ke diorang ber’kung fu’ sebab jantan tu?

2. Mane pegi kawan-kawan diorang? Jangankan nak selesaikan pergaduhan, siap rakam lagi adegan-adegan tersebut.

Tapi inilah realiti. Anak gadis Malaysia makin hari makin bersemangat waja. Setanding dengan lelaki katanya. Kalau mengharumkan nama Malaysia dalam sukan taekwando, karate, wushu, boxing ke..tak pe. Ni gaduh jalanan. Sebelum tu, aku kena clear kan awal2. ENTRI NI BUKAN KERANA AKU PREJUDIS PADA WANITA. Kalau nak cakap pasal masalah, orang laki pun buat masalah juga. Kan? Lelaki pun penah gaduh juga. CUMA aku just nak berkongsi tentang isu yang aku, dan juga korang hadapi – dilema sosial yang kian parah! Lagi menyedihkan, ni melibatkan budak-budak sekolah. Susah pula kalau kita sibuk mencari siapa yang salah dalam hal ni. Semua pihak ada peranan masing-masing, ibu bapa, guru, sekolah,rakan sebaya, dan remaja tu sendiri bertanggungjawab.

Dan motif pergaduhan juga menyedihkan – merebut lelaki. Aku tak salahkan sesiapa, sebab setiap orang ada sebab tersendiri untuk buat sesuatu perkara. Tak boleh nak ‘judgemental’ sangat, lagipun aku takde kat tempat kejadian. Tapi bagi aku, remaja sekarang dah semakin advanced. Cinta nombor 1, harapan orang tua nombor dua. Aku bukanlah bagus sangat sampai nak cakap macam tu. Cuma terfikir, apa perasaan orang tua bila tahu anak yang dia didik dari kecil akhirnya menconteng arang ke muka mereka? Sedih kan.

Tapi isu yang agak penting dalam hal ni ialah penggunaan telefon bimbit. Ni la sikap masyarakat, suka sangat rakam benda pelik-pelik. Bergaduh pun nak rakam. Kalau sekarang diorang rakam budak-budak gaduh, suatu hari nanti entah adegan apa pula yang dimuatkan dalam telefon bimbit mereka. Ada pro dan kontra penggunaan telefon bimbit di sekolah. Apa-apa alasan sekalipun, persoalan pokok tetap berkisar tentang sikap remaja. Bagaimana nak manfaatkan penggunaan teknologi?

Sekadar satu pertanyaan buat saya, anda dan kita;

“Adakah kita akan terus membisu kalau suatu hari nanti anak gadis kita, mengambil alih tempat anak jantan hari ini – merempit di jalanan, menjadi kaki pukul, merompak, atau mungkin juga bergelar samseng?”

Bukan satu imaginasi atau bayangan kosong. Ini hakikat. KIta masih punya masa untuk berubah. Bukan nak cari salah siapa. Kerana sudahnya tetap terpalit di muka sendiri. Cuma fikirkan, ini isu kita bersama, ini isu masyarakat, isu negara!

Renungkan.

p/s Sorry kalau terkasar bahasa. Sekadar secebis pandangan buat manfaat bersama.